Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Komputer, by Muhammad Ukasyah Muhammad Hanafi
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Muhammad Ukasyah Muhammad Hanafi
Title:Aku Sebuah Komputer
2015-03-18 03:09
         Aku adalah sebuah komputer moden. Badanku dilengkapi dengan papan kekunci dan monitor. Aku diperbuat daripada besi, plastik dan aluminium. Aku juga diperbuat dari sebuah kilang di Jepun. Badanku berwarna hitam dan perak.    Aku diberi nama, Acer.  
 
         Setelah siap dipasang, aku telah dimasukkan ke    dalam sebuah kotak yang berisi polisterin. Kemudian, aku telah dibawa ke pelabuhan untuk dieksport. Seterusnya, aku bersama rakan-rakan yang lain telah berlayar dengan menaiki sebuah kapal yang besar menuju ke Malaysia. Aku dan rakan-rakanku diletakkan di dalam sebuah bilik khas yang terdapat di kapal itu.  
 
         Apabila sampai di Malaysia, aku telah dibawa oleh sebuah lori menuju ke sebuah kedai komputer di Melaka. Di sana, aku telah diletakkan di dalam sebuah bilik kaca yang khas dan cantik. Aku berasa sungguh bangga dan teruja kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang berlainan jenis dan jenama. Aku tidak sabar untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada tuan yang bakal memilikiku.      
 
         Setelah beberapa bulan, datang seorang wanita yang hendak mencari komputer baru. Tiba-tiba wanita itu pun memandangku. Dia berminat akan rupa dan spesifikasi yang terdapat padaku. Setelah berpuas hati dengan ciri-ciriku dan hargaku, wanita itu pun membuat keputusan untuk membeliku. Dia membawaku pulang ke rumahnya. Aku berasa sungguh seronok kerana mempunyai tuan yang baru dan tidak sabar untuk berkhidmat dengan sempurna.  
 
         Sesampainya aku di rumah, aku diletakkan di atas meja di bilik bacaan tuanku. Dia menggunakan aku untuk menaip kertas kerjanya dan juga membuat bahan-bahan grafik. Aku telah menjalankan tugasku dengan gembira dan lancar. Tuan aku menggunakan aku dengan sungguh berhemah dan menjagaku dengan cermat. Aku dapat berbakti kepada tuanku selama lima tahun berturut-turut.  
 
         Namun, setelah sekian lama digunakan, umur aku pun semakin meningkat. Aku sering dijangkiti oleh virus. Lama-kelamaan aku menjadi rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Aku berasa sungguh sedih. Akhirnya, tuan aku telah membeli komputer yang baru dan lebih canggih daripada aku. Aku juga diletakkan di dalam stor dan tidak digunakan lagi.  
 
         Walaupun aku sudah berhenti berkhidmat kepada tuan aku, aku berasa sungguh gembira kerana telah menjadi sebuah komputer yang berguna kepada tuan aku. Aku berharap agar jasaku tetap dikenang. Inilah riwayat hidupku sebagai sebuah komputer.  
 
 
 
 

 

nur arnida, (2015-04-12 23:51)
baik!lebih berusaha ye.
 
, (2015-03-25 01:43)
bagusssssss..........
 
Submit a comment:

Name