Welcome!

Contoh Karangan UPSR: cara cara menjaga kesihatan diri, by Nurul Aisya Syahira
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Nurul Aisya Syahira
Title:cara cara menjaga kesihatan diri
2015-03-17 15:54
                     Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dal hidup mereka.Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.  
                     Cara yang lain mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri.Aktiviti mandi dan memakai pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.  
                     Selain itu,pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat.Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.  
                     Malah,aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik.Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.  
                     Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala.Pemeriksaan yang berjadual sebigini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkan dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.  
                        Kesimpulannya,menjaga kesihatan merupakan satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah.Kesihatan yang baik bukan sahaja menjimatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu hidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga.  
 
 
                                            
 

, (2015-03-24 21:25)
bagos tol lh karnagan nie ... leh la dari xde lgsg ...
 
Fatihana Zulaikha, (2015-03-22 15:08)
karangan apa nie???
 
Submit a comment:

Name