Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Memakai Pendakap Gigi, by Hanisah Afiqah
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Hanisah Afiqah
Title:Pengalaman Memakai Pendakap Gigi
2015-03-14 00:30
 
 
 
                                                                             No.5, Lorong Merpati,  
                                                                             Jalan Unggas,  
                                                                             02600 Arau, Perlis,  
 
                                                                             28 Mac 2015  
     Ke hadapan Saudari Asyikin yang berada di Perlis. Saya berdoa agar saudari dalam keadaan yang sihat  
 
Saudari,  
 
     Tujuan saya menulis surat ini untuk berkongsi pengalaman memakai pendakap gigi dengan saudari. Berdasarkan surat saudari yang lepas, saudari ada menyatakan keinginan saudari untuk memakai pendakap gigi juga.  
 
     Sebenarnya, saya ingin memakai pendakap gigi kerana ingin mencantrikkan kadaan gigi saya yang berlapis-lapis. Maka, saya pun memberitahu niat untuk memakai pendakap gigi kepada ibu dan bapa saya. Saya bernasib baik kerana mereka bersetuju.  
 
     Sepanjang tempoh pemakaian pendakap gigi ini, saya mengalami beberapa perubahan. Saya sudah kurang bercakap berbanding dahulu. Mujurlah ada saudari sebagai sahabat pena saya. Semasa pendakap gigi mula-mula dipasang, saya berasa sangat kurang selesa dan agak sakit. Saya mengambil masa beberapa hari untuk menyesuaikan diri. Keyakinan diri saya juga berkurang, lebih-lebih lagi ketika hendak bergambar. Tambahan pula, bibir saya menjadi kering gara-gara besi dan bahagian dalam bibir yang bergesel.  
 
     Walaubagaimanapun, keadaan baru ini ada hikmahnya. Perkara yang menariknya ialah saya menjadi seorang yang berdisiplin. Jika dahulu, saya hanya mengoosok gigi dalam satu atau dua kali sehari sahaja. Sekarang saya akan menggosok gigi setiap kali selepas makan. Saya perlu menggosok gigi untuk mengelakkan sisa makanan daripada melekat di celah-celah pendakapgigi. Saya juga mengatasi masalah bibir kering dengan memakai pelembap bibir. Selain itu, saya juga boleh menukar getah pendakap gigi mengikut warna pilihan saya. Menarik bukan?  
 
     Saya tidak sabar-sabar hendak melihat hasilnya. Menurut doktor, saya perlu memakai pendakap gigi ini selama satu tahun setengah. Jadi, saya perlu bersabar dengan tempoh satu tahun lagi.  
 
     Saya berharap dengan pengal;aman yang saya kongsikan tadi akan dapat membantu saudari membuat persediaan sebelum memakai pendakap gigi. Sememangnya, memiliki gigi yang cantik adalah idaman setiap orang.  
 
     Sekian, terima kasih.  
 
                                                                                        Yang Benar,  
                                                                                      
                                                                                        Zaheyrin ~_~!
 

Submit a comment:

Name