Welcome!

Contoh Karangan UPSR: pengalaman semasa berada di kampung bersama datuk dan nenek, by muhammad haziq danish bin muhammad huzairi
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu muhammad haziq danish bin muhammad huzairi
Title:pengalaman semasa berada di kampung bersama datuk dan nenek
2015-03-13 00:29
Pada minggu lepas saya dan keluarga telah pulang ke kampung.Saya pulang ke kampung bersama ibu dan ayah.Saya berasa tidak sabar untuk berjumpa datuk dan nenek semasa berada di kampung.  
 
Semasa di kampung,datuk membawa saya ke dusun nya.Di dusun datuk terdapat banyak buah yang ada di dusun datuk.Saya juga berpeluang untuk menikmati buah-buah yang lazat di dusun datuk.  
 
Selepas itu,datuk membawa saya ke sawah padi.Saya juga masuk ke dalam sawah padi tersebut untuk menolong datuk.pada mulanya saya berasa geli tapi lama kelamaan perasaan itu hilang.Itulah buat kali pertama saya masuk ke dalam sawah padi.  
 
Selain itu,datuk juga membawa saya bersiar-siar keliling kampung.Kami bersiar-siar dengan menunggang motosikal.Semasa saya bersiar-siar saya ternampak banyak haiwan yang tiada di bandar.Antaranya,lembu dan kerbau.  
 
Selepas penat bersiar-siar,kami pulang ke rumah datuk.Kami menikmati dengan hidangan nenek yang sangat sedap.Nenek memasak nasi dagang.Saya sangat suka akan masakan nenek.  
 
Itulah pengalaman saya semasa berada di kampung.Sangat seronok semasa berada di kampung.Semoga umur datuk dan nenek panjang.
 

, (2015-03-20 16:59)
terbaik.I from terenganu.saya membuat karanga cerita. tajuk karangan saya ialah peristiwa yang saya tidak lupakan.
 
Submit a comment:

Name