Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cerita penculikan, by Debbie
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Debbie
Title:Cerita penculikan
2015-03-10 02:04
Pada suatu hari, saya berjalan kaki pulang ke rumah. Saya ternampak seorang lelaki mengikut saya dan pergi berdekatan dengan saya. Saya berasa takut dan terus balik ke rumah dengan cepat. Saya menoleh ke belakang dan tidak nampak orang lelaki itu. Tiba-tiba, orang lelaki itu menangkap saya dan terus memasukkan saya ke dalam kereta. Saya diberi ubat yang membolehkan saya pengsan.  
 
Setelah saya sedar, saya berada di dalam rumah yang saya tidak kenal. Tangan dan kaki saya diikat dengan tali. Mulut saya juga disumbat dengan sehelai kain.  
 
Saya mencari akal untuk melonggarkan saya dari tali. Aku terlihat botol kaca di atas lantai. Saya cuba untuk memecahkan botol itu dan mengambil serpihan kaca. Selepas itu, saya memotong tali itu dengan kaca itu. Akhirnya, tali itu telah putus.  
 
Saya cuba untuk mencari jalan keluar. Saya ternampak tingkap dan membukanya dengan senyap. Saya terus melarikan diri daripada tempat itu dan mencari pondok telefon untuk menelefon pihak polis dan ayah saya.  
 
Beberapa minit kemudian, pihak polis dan ayah saya datang. Saya memberitahu ayah dan pihak polis apa yang berlaku dan pihak polis terus pergi ke tempat kejadian itu.  
 
Ayah saya memeluk saya dan memberitahu saya untuk berhati-hati. Saya berjanji kepada ayah. Pihak polis menangkap lelaki itu dan membawa dia ke balai polis.  
 
Saya berasa lega kerana selamat...
 

Submit a comment:

Name