Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Hari Kantin, by thesigan
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor thesigan
Title:Hari Kantin
2015-03-10 01:21
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin. Semua ibu bapa dijemput hadir pada hari tersebut. Hari Kantin diadakan di pekarangan sekolah.  
Tujuan mengadakan aktiviti tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan antara warga sekolah dengan ibu bapa di samping mengutip derma untuk tabung kebajikan.  
                    Terdapat pelbagai jenis gerai didirikan di padang sekolah seperti gerai makanan, gerai minuman dan gerai buah-buahan. Terdapat juga gerai permainan seperti nyanyian, meniup belon, bola jaring dan sebagainya. Selain itu, ada juga acara ibu bapa.  
                    Kami menyambut Hari Kantin dengan gembira. Selepas itu, guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang. Para penonton memberi tepukan gemuruh kepada murid yang menang.  
                    Guru-guru bekerjasama mengendalikan majlis ini supaya majlis berjalan lancar. Kami pulang dengan perasaan gembira.  
 

 

Submit a comment:

Name