Welcome!

Contoh Karangan UPSR: faedah menabung, by muhammad anas bin mohd ramlee
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang muhammad anas bin mohd ramlee
Title:faedah menabung
2015-03-10 00:11
Syarahan: Faedah Menabung  
Yang dihormati Tuan Pengerusi  
Majlis.Guru Besar, guru-guru serta  
rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan  
saya pada pagi ini ialah �Faedah  
Menabung�.  
Hadirin sekalian,  
Menabung bermaksud menyimpan  
sebahagian wang perbelanjaan untuk  
keperluan pada masa hadapan. Sebagai  
contoh, kita boleh mengumpul lebihan  
wang perbelanjaan seharian untuk  
disimpan di bank sebagai tabungan kita.  
Wang tabungan yang kita simpan itu  
bolehlah kita gunakan untuk pelbagai  
perkara yang penting pada masa  
hadapan.  
Hadirin�sekalian,  
Antara faedah menabung ialah dapat  
membantu kita pada masa diperlukan.  
Contohnya menggunakan wang tabungan  
tersebut untuk membeli barang  
keperluan sekolah. Ini tentu dapat  
mengembirakan ibu bapa kita  
terutamanya jika waktu itu mereka  
kekurangan wang dan sebagainya.�  
Selain itu, menabung juga akan  
memupuk amalan berjimat-cermat. Kita  
akan merancang perbelanjaan agar  
sebahagian wang perbelanjaan dapat  
disimpan. Ini akan menjadikan kita  
berjimat-cermat dan sentiasa  
berwaspada agar wang tidak  
dibelanjakan sesuka hati. �  
Di samping itu, menabung boleh  
mengelakkan kita daripada terlepas  
sesuatu peluang baik yang muncul tanpa  
diduga. Contohnya, kita dapat membeli  
buku idaman yang jarang-jarang  
ditemui dengan menggunakan wang  
simpanan. Ini tentu mengembirakan  
kita kerana memperoleh apa yang sudah  
lama diidamkan sedangkan pada masa  
itu ibu bapa kita mungkin kurang  
mampu untuk membelinya.�  
Hadiri yang dihormati�sekalian,  
Amalan menabung juga dapat  
mengelakkan pembaziran. Orang yang  
menabung akan lebih berhati-hati ketika  
berbelanja kerana mereka telah  
membuat perancangan awal  
menguruskan wang perbelanjaan. Ini  
sudah pasti mengelakkan pembaziran  
kerana mereka hanya berbelanja untuk  
perkara-perkara yang betul-betul perlu  
sahaja.�  
Seterusnya, menabung juga  
membolehkan kita membantu orang  
lain. Contohnya, kita boleh  
meminjamkan sebahagian wang  
simpanan kita untuk bayaran yuran  
sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa  
kita memerlukannya. �Ini akan  
mengeratkan tali persaudaraan kerana  
membantu mereka ketika dalam  
kesusahan. �  
Setakat ini sahajalah syarahan saya pada  
pagi ini. Akhir kata, saya menyeru  
kepada rakan-rakan supaya menjadikan  
amalan menabung sebagai amalan hidup  
kerana banyak faedah yang boleh kita  
diperolehi daripada amalan ini.�  
Sekian, Terima kasih.
 

Submit a comment:

Name