Welcome!

Contoh Karangan UPSR: BERGOTONG ROYONG DI SEKOLAH, by PAVITRA A/P KUNASEGARAN
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor PAVITRA A/P KUNASEGARAN
Title:BERGOTONG ROYONG DI SEKOLAH
2015-03-08 15:31
 
Pengalaman Menyertai Aktiviti Gotong-royong.  
Saya, dan murid-murid tahap 2 SK.Jalan Matang Buluh telah menyertai aktiviti gotong-royong. Gotong-royong pada tahun ini diadakan sempena sambutan Hari Alam Sekitar. Selain itu, gotong-royong ini telah dirancang oleh pihak sekolah kami sejak tiga bulan yang dahulu.  
 
Tepat pada pukul lapan pagi, murid-murid dan warga sekolah sudah berkumpul di dewan sekolah. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkes. Peralatan ini digunakan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.Sebelum aktiviti bermula, guru besar telah menyampaikan ucapan ringkas dan taklimat mengenai aktiviti gotong-royong.  
 
Kami dibahagi-bahagi kepada beberapa kumpuian kecil. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah mencuci longkang,mengecat,menyapu,mengelap tingkap,memotong rumput dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan kecil ini memudahkan kerja-kerja gotong-royong dijalankan dengan lebih teratur.  
 
Pada masa yang sama, guru-guru wanita sibuk menyediakan makanan dan minuman di pekarangan sekolah. Pelbagai jenis juadah seperti mi goreng, nasi tomato, dan kari ayam disediakan. Mereka bersatu hati menjayakan program gotong-royong ini.  
 
Pada pukul 11.45 pagi, semua kerja pembersihan telah pun selesai. Petugas-petugas telah berkumpul semula di kantin    untuk berehat dan menjamu selera. Walaupun tampak letih tetapi semangat kerjasama, . kemesraan dan suasana muhibah telah terjalin antara guru-guru dan murid-murid yang terlibat menjayakan gotong-royong.  
 
Aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti yang mampu menjalin ikatan silaturahim . Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni juga dapat dipraktikkan. Malahan, semangat hormati-menghormati dalam kalangan warga sekolah    dapat diperkasakan  

 

kartigan a//l muthu, (2015-03-08 19:23)
Pengalaman Menyertai Aktiviti Gotong-royong  

 
fatin hanisah , (2015-03-08 17:16)
boieh dijadikan idea
 
fatin hanisah , (2015-03-08 17:15)
hebat
 
Submit a comment:

Name