Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Hari pertama di Sekolah Menegah, by Nuraireen Qaisara
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Nuraireen Qaisara
Title:Hari pertama di Sekolah Menegah
2015-03-08 01:59
                Papan tanda "Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2 kurenung dengan penuh tanda tanya.Bagaimanakah keadaan sekolah baru ini?Bolehkah aku menyesuaikan diri di sekolah ini?  
 
                Aku mengikut langkah ibu ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan Guru Besar.Selesai berurusan, Guru Besar membawa kami ke sebuah bilik darjah yang tertara perkataan Tingkatan Satu Wawasan. Semua murid berdiri sambil mengucapkan salam.Guru Besar memperkenalkan kepada guru kelas dan murid-murid di kelas tersebut.  
 
                Aku berasa lega apabila rakan-rakan baru kelihatan mesrr menerima kehadiranku.Bilik darjah baru ini sungguh ceria dan lengkap dengan peralatan LCD.Guru kelasku,Cik Soh Wan Qing kelihatan sungguh menarik.  
 
                 Pada waktu rehat,aku ke kantin.Beberapa orang rakan baruku,iaitu Liza,Sue Ann dan Puspa mengajak aku duduk bersama mereka untuk menikmati makanan. Keadaan kantin sekolah baru ini lebih besar daripada kantin sekolah lamaku di Kajang.  
 
                 Selepas makan, Alif dan Zarif mengajak aku ke perpustakaan. Mereka amat baik hati kerana sudi membawa aku mengililingi kawasan sekolah sambil menunjukkan bilik-bilik khas seperti bilik guru, bilik makmal sains, bilik makmal komputer, koperasi sekolah,    bilik tayangan dan sebagainya.  
 
                    Semasa aku mengililingi    kawasan sekolah, Beberapa orang murid menegurku    dengan ramah mesra. Ada antara mereka yang bertanyakan namaku dan pengalamanku bersekolah disini.  
 
                     Loceng waktu terakhir berbunyi. Aku dan rakan-rakan beratur diluar kelas. Kami mengucapkan terima kasih kepada guru. Aku berasa gembira apabila bersekolah menengah yang amat sesuai dengan jiwaku.
 

Submit a comment:

Name