Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Hobi saya, by Nurul Ain Mardhiyah
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Nurul Ain Mardhiyah
Title:Hobi saya
2015-03-05 22:58
     Setiap orang mempunyai hobi mereka yang tersendiri.Hobi selalunya dilakukan pada masa lapang.Hobi ada bermacam jenis.Antaranya ialah bermain badminton,mengumpul setem dan sebagainya  
     Saya juga mempunyai hobi.Hobi saya ialah membaca novel.Saya membaca pada waktu senggang.Saya membaca pada waktu yang tenang supaya saya boleh menghayati kandungan pada novel itu.  
     Membaca mendatangkan banyak faedah.Selain dapat menambah ilmu,dengan membaca saya juga dapat mengetahui setiap ejaan dengan betul dan ia juga berguna untuk saya menulis ayat dalam karangan dengan lebih gramatis.  
     Membaca juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan.Ketika membaca,saya dapat melepaskan tekan selepas seharian belajar.Saya sering membaca buku yang lawak.  
     Hobi saya juga mempunyai banyak kaitan dengan cita-cita saya untuk menjadi doktor.Doktor memerlukan banyak ilmu untuk merawat pesakitnya.Saya juga suka membaca buku yang berkaitan dengan kerjaya doktor.  
     Harapan saya ialah semoga keluarga saya membantu untuk tidak bising    di dalam rumah supaya saya dapat menghayati dengan lebih mendalam tentang sesuatu cerita yang saya baca.Di samping itu,saya memerlukan sokongan daripada guru,rakan dan masyarakat untuk terus berusaha sehingga berjaya.
 

blek, (2015-03-06 20:29)
BOO  
 
 

 
Submit a comment:

Name