Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Amalan Mencintai Kebersihan, by Nurul Izzati
Contoh Karangan UPSR
Name:Putrajaya Nurul Izzati
Title:Amalan Mencintai Kebersihan
2015-03-05 01:26
"Bagaimana acuan begitulah kuihnya".Tahukah kamu maksud bidalan ini?Dalam pengertian yang mudah,bentuk sesuatu kuih ternyata berasakan acuan yang digunakan.demikianlah manusia,sikap,perangai atau tingkah laku maing-masing sesungguhnya berdasarkan didikan atau asuhan yang diterima.  
Dalam soal mengamalkan kebersihan,sikap manusia jelas dilihat daripada cara mereka menjaga dan menggunakan tandas.Tandas di rumah mungkin lebih mudah dijaga berbanding dengan tandas awam.Tandas di pejabat juga mungkin terkawal daripada segi kebersihannya jika dibandingkan dengan tandas di kedai atau di sekolah.Tandas di lebuh raya pula biasanya lebih bersih daripaa di restoran biasa.  
Contoh yang dinyatakan merupakan suatu fenomena yang kita hadapi dalam soal penjagaan penggunaan tandas.Suatu ketika dahulu,ada sesetengah pihak menganjurkan pertandingan tandas terbersih.Tujuan pertandingan itu diadakan memanglah murni kerana dapat menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga tandas.Oleh itu,wajarlah semua pihak memberikan sokongan untuk menjayakan pertandingan seumpam ini.  
Sampai bilakah kita akan berhadapan dengan masalah tandas yang kotor dan menjijikkan?Hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih.Tidak ertinya kempen demi kempen diadakan,jika akal,hati dan budi sesetengah orang masih bersikap tidak kisah dalam selok-belok pejagaan dan penggunaan tandas.Bagaimanakah sikap kamu terhadap soal kebersihan?
 

maisarah, (2015-06-02 13:37)
kita nak yang 6 perenggan ada tak  

 
izzaty, (2015-05-03 02:48)
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
 
Submit a comment:

Name