Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Hari Guru, by Nurul Izzati Binti Md. Yazid
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nurul Izzati Binti Md. Yazid
Title:Hari Guru
2015-02-26 01:24
Guru dan dunia pendidikan bukanlah perkara yang asing.Guru insan terawal yang bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan secara formal kepada murid-muri.  
Guru mempunyai harga diri dan perasaan.Jika pekerja dihargai menerusi Hari Pekerja,mengapa tidak GURU?Ekoran daripada itu,tarikh 16 Mei setiap dipilih untuk memberikan pengiktirafan dan menghargai pengorbanan para guru di seluruh Malaysia.Pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa amat besar ertinya.Oleh itu, memang wajar Hari guru diraikan.  
Hari Guru diadakan untuk menyedarkan ibu bapa,murid-murid,dan orang ramai tentan pentingnya peranan guru.Murid-murid berpeluang untuk mengucapkan terima kasih kepada guru.Golongan ibu bapa pula turut menghargai jasa guru yang telah mendidik darah daging mereka.Sebahagian besar daripada anak menghabiskan masa yang lebih banyak bersama guru di sekolah daripada ibu bapa sendiri.  
Seterusnya,Hari Guru diadakan untuk meninggikan martabat guru.Pelbagai bentuk anugerah akan diberikan kepada guru semas Hari Guru.Selain sebagai penanda aras,anugerah-anugerah ini juga merupakan penghargaan kepada segala usaha guru.Antara anugerah tersebut termasuklah Guru Inovatif,Guru CemerlangPendidikan khas dan Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan.  
Sesungguhnya tanggal 16 Nei amat bermakna.Inilah waktu terbaik untuk kita meluahkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap guru.Jasa guru tidak ternilai.Tanpa mereka,kita tidak akan dapat melahirkan tokoh ternama,ahli korporat,mahupun pemimpin agung.Malah negara kita tidak akan dapat mencapai kemajuan seperti pada hari ini.  
 
 
 
                 TAMAT.TERIMA KASIH CIKGU SERTA GURU-GURU DI                  
                 SELURUH DUNIA
 

Submit a comment:

Name