Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Karangan Ciri-ciri Murid Cemerlang, by Nur Athirah binti Zamri(5 Rafflesia)
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu Nur Athirah binti Zamri(5 Rafflesia)
Title:Karangan Ciri-ciri Murid Cemerlang
2015-02-25 13:09
     Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran.Bagaimanapun,ramai pelajar gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut.  
 
        Antara cara untuk memeperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual aktiviti harian.Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.  
 
        Selain itu,para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari.Mereka juga harus rajin membaca kerana dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pembendaharaan kata.  
 
        Di Samping itu,pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan,kelas motovasi dan sebagainya.Aktiviti seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam pelajaran.  
 
        Kesimpulannya,setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajarn.Oleh itu,pelajar haruslah bijak memilih cara-cara yang sesuai,selain berusaha dengan tekun dan gigih demi mencapai impian tersebut
 

amsyar, (2015-04-07 21:49)
oklatu
 
Submit a comment:

Name