Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, by PUGALENTHY MANIARASAN
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor PUGALENTHY MANIARASAN
Title:Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah
2015-02-25 01:54
NEGERI SEMBILAN,21 OKTOBER - SJK(T)Ladang Tanah Merah telah mengadakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah.Majlis ini diadakan untuk memberikan penghargaan kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.  
 
Majlis ini bermula pada pukul 8.00 pagi dengan ketibaan tetamu kehormat.iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Sepang.Beliau telah menyempurnakan upacara perasmian.Ketibaan beliau disambut oleh Guru Besar,iaitu Encik Muthaiah,Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG)iaitu Encik Haridass dan guru-guru sekolah ini.  
 
Dalam ucapan Pengerusi PIBG,Encik Haridass menasihati murid-murid agar berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.Dalam ucapan Guru Besar pula,Encik Muthaiah menyeru guru-guru dan murid-murid agar mengharumkan nama sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.Seterusnya,Pegawai Pelajaran Daerah,Encik Adnan Ali,meminta guru-guru dan warga sekolah mengekalkan kecemerlangan sekolah ini sebagai sekolah terbaik di Daerah Negeri Sembilan.  
 
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.Selepas itu diikuti dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang memperoleh 7A Dalam UPSR 2012.Acara kemuncak ialah penganugerahan Tokoh Pelajar iaitu Pugalenthy A/L Maniarasan yang cemerlang dalam UPSR serta berjaya meraih gelaran Olahragawan Sekolah 2012.  
 
Sebelum bersurai,para hadirin menjamu selera di kantin sekolah.Majlis ini berlangsung dalam suasana yang meriah.  

 

?, (2015-03-10 01:16)
Good karangan  

 
Submit a comment:

Name