Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Saya sepasang kasut, by SUKUNA MANIARASAN
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor SUKUNA MANIARASAN
Title:Saya sepasang kasut
2015-02-25 00:34
Saya dilahirkan di sebuah kilang di Butterworth.Saya tidak mempunyai sanak saudara.Mesin-mesin di kilang itulah yang telah menghasilkan saya.Seluruh tubuh saya diperbuat daripada getah.Rupa saya tidak menarik dan harga saya murah pula.  
 
Setiap pagi seorang penoreh getah membawa saya ke ladang.Segala macam benda dan perkara yang saya alami.Namun demikian,saya tidak pernah melawan,malah saya sentiasa sabar dan tabah.  
 
Ada rakan-rakan saya yang lebih bernasib baik.Ini mungkin kerana ia diperbuat daripada kulit.Harga diri mereka juga mahal.Mereka hanya digunakan untuk bersiar-siar sahaja dan tinggal di tempat yang khas.Badannya pula sentiasa digilap.  
 
Kini,saya sudah uzur.Tapak saya sudah berlubang.Saya dibuang ke dalam tong sampah.Segala bakti saya tidak pernah dihargai,kepada rakan-rakan saya yang lain ingin saya berpesan,janganlah bersikap hidung tinggi.Ingatlah,satu hari nanti kalian juga akan menerima padah seperti saya.Selamat tinggal.  

 

rest in peace, (2015-03-03 01:08)
good  

 
Submit a comment:

Name