Welcome!

Contoh Karangan UPSR: FAKTOR FAKTOR KEMALANGAN JALAN RAYA, by NOR MOKHLIS BIN HAMID
Contoh Karangan UPSR
Name:New Zealand NOR MOKHLIS BIN HAMID
Title:FAKTOR FAKTOR KEMALANGAN JALAN RAYA
2015-02-21 14:44
                 Kemalangan jalan raya sering berlaku disebabkan kecuaian dan kelalaian pemandu.Jalan raya adalah jalan yang kita gunakan untuk sampai ke destinasi kita.kita perlulah berhati hati dan berjaga jaga ketika memandu.  
 
                 Semasa memandu,kita mestilah memakai tali pinggang keledar untuk mengelakkan sebarang kecederaan.apabila kita hendak ke destinasi yang jauh,kita haruslah menyediakan kelengkapan yang sesuai.ianya akan menjadikan kita lebih berdisiplin.  
 
                 Pada setiap tahun ,kemalangan jalan raya sering terjadi disebabkan kecuaian pemandu.angka kematian melebihi seribu orang.ini kerana ramai pemandu memandang rendah terhadap perkara seperti ini.kita sebagai pemandu haruslah berjaga jaga.  
 
                 Antara faktor faktor kemalangan jalan raya ialah    kelalaian pemandu disebabkan mabuk.inilah contoh contohnya.semasa memandu kita seringkali tidak melihat ke depan apabila sedang bercakap dalam telefon bimbit.kita tidak sepatutnya memakan sambil memandu.  
 
                 Pada musim perayaan,pastinya akan berlaku kemalangan dan kesesakan lalu lintas.antaranya perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.kesesakan berlaku disebabkan orang ramai mahu balik ke kampung.kita haruslah memandu dengan berhemat untuk mengelakkan kemalangan.  
 
                 Jika kita memandu dengan berhati hati pasti selamat.bak kata pepatah "Pandu Perlahan Jiwa Selamat".janganlah memandu laju,bak kata pepatah "Pandu Laju Maut Menanti".patuhilah peraturan yang ditetapkan.
 

Submit a comment:

Name