|
Name: | R.Pravin | Title: | Sukan dan Kesihatan
2015-02-10 02:46 | Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita.Sekiranya kita tidak sihat,jutaan wang ringgit yang kita miliki tidak ada gunanya kepada kita.
Bagi individu yang ingin berjaya,mereke juga memerlukan kesihatan yang menyeleruh.Mereke perlu sihat secara holistik dari sudut fizikal,mental,emosi,dan rohani.
Mempunyai kesihatan fizikal bermakna mempunyai tubuh badan yang sihat.Hal ini boleh dicapai dengan pengambilan makanan yang seimbang,bersenam,dan mendapatkan rehat yang cukup.
Mental yang sihat membawa kepada kejayaan kita dalam pelajaran dan kebolehan kita membezakan antara perkara yang
baik dengan perkara yang buruk.Kita juga boleh berfikir
dengan rasional dan bijak.
Selain itu,kesihatan emosi dan spirtual juga penting untuk
kejayaan kita.Hati yang bersih dan tenang serta pertalian
yang kuat dengan Tuhan membolehkan kita menghadapi cabaran
dengan tenang.
Jelaslah bahawa kesihatan merupakan asas kejayaan.Oleh yang demikian,kita perlulah menjaga kesihatan kita agar
terhindar daripada sebarang penyakit yang boleh menjejeskan
pencapaian kita.
| | ?????, (2015-04-19 22:40) salah tulis......
| |
|
|
|