Welcome!

Contoh Karangan UPSR: BANJIR, by Nur Arisya
Contoh Karangan UPSR
Name:Nur Arisya
Title:BANJIR
2015-02-06 14:38
    Banjir adalah bencana alam yang sering melanda nrgara kita terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur,semenanjung Malaysia.Kebiasaanya negeri-negeri ini akan mengalami musim tengkujuh pada setiap akhir tahun. Hujan lebat tanpa henti pada musim itu menyebabkan berlakunya banjir di kawasan tersebut.  
 
    Banjir kerap melanda kawasan-kawasan yang rendah seprti kawasan berhampiran sungai. Ekoran daripada banjir, menyebabkan banyak ternakan dan tanaman mati. Mereka yng terlibat seperti para petani akan mengalami kerugian besar.  
 
    Banjir jaga boleh mengancam nyawa. Ramai yang lemas kerana    bermain air banjir yang aliranya deras dan dalam. Apatah lagi jika mereka tidak tahu berenang.Air banjir yang keruh menghanyutkan pelbagai benda yang berbahaya seperti kayu tajam, tali dan sebagainya. Ada yang nahas yang terlanggar atauterperangkap dengan benda-benda yang dihanyutkan air deras ini.  
 
    Air banjir juga tercemar dengan pelbagai kotoran daripada air kumbuhan, bangkai    binatang dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit , justeru itu janganlah mengambil air banjir untuk diminum, apatah lagi jika tidak dimasak.  
 
    Ekoran daripada banjir juga, akan menyebabkan ekonomi negara dan ekonomi mangsa banjir banir terjejas. Contohnya, para petani yang kehilangan sumber pendapatan dan hidupmereka semakin susah akibat banjir yang melanda.  
 
    Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati-hati demi keselamatan nyawa dan harta benda kita. Adalah lebih baik jika kita segera berpindah ke tempat yang lebih selamat yang lebih selamat sebelum air naik.
 

UNKOWN, (2016-09-02 00:26)
BEBERAPA KESALAHAN EJAAN
 
izzaytul, (2015-02-10 00:41)
tak lama upsr..
 
Submit a comment:

Name