Welcome!

Contoh Karangan UPSR: FAEDAH MENYERTAI KOKURIKULUM, by NURAFIFAH ALIYAH BINTI MOHAMAD
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor NURAFIFAH ALIYAH BINTI MOHAMAD
Title:FAEDAH MENYERTAI KOKURIKULUM
2015-02-06 01:03
        Kokurikulum ialah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang dijarkan di dalam bilik darjah.Persatuan Pengakap,Kelab Sukan dan Rekreasi danKelab Pencinta Alam adalah antara kegiatan kokurikulum yang terdapat di sekolah.Banyak faedah yang diperoleh dengan menyertai kokurikulum.  
        Dengan menyertai kokurikulum,masa lapang dapat diisi dengan aktiviti berfaedah.Kita tidak akan mudah melakukan aktiviti yang tidak bermoral seperti melepak,merokok dan sebagainya.Setiap masa akan terisi dengan aktiviti yang baik.  
        Selain itu,aktiviti kokurikulum dapat membentuk disiplin kita.Dengan menyertai kokurikulum,kita akan terdidik untuk menepati masa.Kita juga perlu mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan.Secara tidak langsung,kita menjadi seorang yang berdisiplin.  
        Aktiviti kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan antara kawan.Aktiviti yang diadakan secara berkumpulan memupuk sifat kerjasama antara ahli kumpulan.Kita juga dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang baharu.  
        Setiap murid harus menyedari bahawa aktiviti kokurikulum banyak faedah.Oleh itu,kokurikulum perlu disertai oleh setiap murid.
 

Muhammad faiz, (2015-05-03 17:01)
Wah...hebat gila kerangan ni kalah aku...
 
saru, (2015-03-08 23:17)
i like it
 
, (2015-02-06 13:45)
wye
 
Submit a comment:

Name