Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman pergi ke Sarawak, by muhammad khairul izzuan b zulkernaien
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka muhammad khairul izzuan b zulkernaien
Title:Pengalaman pergi ke Sarawak
2015-02-05 02:06
    Pada cuti akhir tahun yang lalu,saya dan keluarga saya pergi ke Sarawak untuk melawat datuk dan nenek saya.Kami pergi dengan menaiki kapal terbang Air asia.  
      
Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Sibu,Sarawak pada pukul lapan pagi dan tiba pada pukul sepuluh pagi.  
 
    Apabila sampai di Sibu,kami menaiki bot menuju ke kampung nenek saya.Pada mulanya saya takut untuk menaiki bot.Lama kelamaan saya merasa seronok melihat keindah fauna dan flora di sepanjang sungai Rejang.  
 
    Kami ternampak beberapa ekor buaya sedang bersadai di tebing sungai.Kami juga nampak beberapa ekor monyet sedang bergayut di atas pokok.Saya berasa sungguh bertuah dapat melihat sendiri keunikan hidupan di sana.  
 
    Sampai sahaja di rumah nenek,saya bersalaman dengan datuk,nenek,pakcik dan makcik saya.Bahasa yang di tuturkan di kampung nenek adalah bahasa melanau.Sampai ke hari ini saya tidak pernah faham pun bahasa malanau.  
 
    Suatu hari nanti saya akan belajar di Sarawak dan belajar bahasa melanau.
 

Submit a comment:

Name