Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Hobi Saya., by Nurul Izzati Binti Md. Yazid
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nurul Izzati Binti Md. Yazid
Title:Hobi Saya.
2015-01-26 01:42
Hobi ialah aktiviti yang dilakukan pada waktu senggang.Membaca buku,mengumpul setem dan bermain badminton.  
Hobi saya ialah mengumpul setem.Saya berminat mengumpul setem sejak umur tujuh tahun.Keluarga saya sangat bangga kerana saya ada hobi yang berfaedah seperti ini.  
Saya mengumpul setem di beberapa buku koleksi.Saya berkongsi hobi ini bersama-sama adik-beradik yang lain.Saya akan mengumpul setem bersama-sama abang pada cuti sekolah.  
Saya ada tajuk-tajuk untuk buku-buku itu.Antaranya ialah setem kegemaran,setem cantik dan setem comel.Saya menyimpan buku-buku itu di perpustakaan mini.  
Mengumpul setem dapat mencerdaskan otak.Pada masa yang sama saya dapat menenangkan fikiran.Selain itu,mengumpul setem cara terbaik untuk mengisi masa lapang.Saya pernah menyertai pertandingan mengumpul setem dan pernah memenangi teempat pertama.  
Kesimpulannya,hobi merupakan aktiviti yang berfaedah yang perlu diamalkan.Oleh itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mempunyai hobi.Saya berharap akan menjadi seperti abang saudara saya yang telah berjaya dengan hasil menjual setem-setemnya.TAHNIAH ABANG KAMAL........
 

Submit a comment:

Name