Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Hobi Saya., by Nurul Izzati Binti Md. Yazid
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nurul Izzati Binti Md. Yazid
Title:Hobi Saya.
2015-01-24 00:40
Hobi ialah aktiviti yang dilakukan pada waktu senggang.Membaca buku,mengumpul setem dan bermain badmiton merupakan contoh-contoh hobi.  
Hobi saya bermain badminton.Saya berminat bermain badminton sejak umur 7 tahun.Ibu bapa dan rakan-rakan mendorong saya untuk bermain badminton.  
Saya bermain badminton pada waktu petang.Saya berkongsi hobi saya bersama rakan-rakan dan adik-beradik.Saya suka bermain badminton di hadapan rumah.Kadang kala,saya akan bermain badminton di gelanggang badminton.  
Saya mempunyai pelbagai jenis raket.Antaranya ialah,Yonex,Aero dan Protech.Saya amat seronok bermain badminton secara beregu.Saya selalu bermain bersama abang dan adik.  
Bermain badminton dapat mencergaskan badan.Pada masa yang sama saya dapat menenangkan fikiran.Selain itu,bermain badminton cara terbaik untuk mengisi masa lapang.Saya pernah menyertai pertandingan badminton dan pernah memenangi tempat pertama.  
Kesimpulannya,hobi merupakan aktiviti yang berfaedah yang perlu diamalkan.Oleh itu,ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mempunyai hobi.Saya berharap akan menjadi seperti Datuk Lee Chong Wei apabila besar kelak.  

 

Submit a comment:

Name