Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Hobi saya , by Puteri Natasha Amira
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Puteri Natasha Amira
Title:Hobi saya
2015-01-16 01:21
Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang seperti memancing, mengumpul setem, membaca, melukis dan bersukan. Hobi saya pula bermain bola sepak. Saya melakukan aktiviti ini pada setiap petang.  
 
Hobi ini banyak memberi kebaikan kepada saya antaranya    ialah mengisi masa lapang, menyihatkan badan, cergas serta cerdas dan menambah kenalan. Saya dapat mengisi masa lapang    dengan bermain bola sepak. Aktiviti ini mengelakkan saya daripada melepak dan sebagainya.  
 
Selain itu, hobi ini juga dapat menyihatkan tubuh. Oleh sebab itulah saya jarang terkena penyakit seperti demam dan sebagainya. Badan saya juga menjadi cantik dan langsing.  
 
Permainan bola sepak juga menyebabkan badan saya cergas dan otak saya cerdas. Saya sentiasa cergas semasa belajar dan mudah memahami sesuatu pelajaran.  
 
Permainan bola sepak memerlukan pemain yang ramai. Oleh itu, saya berpeluang menambah kenalan terutama apabila melibatkan pertandingan dengan pasukan bola sepak dari luar.  
 
Kesimpulannya setiap orang bebas memilih hobi yang digemari. Namun, sesuatu hobi yang baik sepatutnya akan mendatangkan kebaikan kepada kita.  

 

Submit a comment:

Name