Welcome!

Contoh Karangan UPSR: suasana hidup bermasyarakat, by muhamad faiz bin mohamad zaidel
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak muhamad faiz bin mohamad zaidel
Title:suasana hidup bermasyarakat
2015-01-16 00:09
        "Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing"merupakan peribahasa yang menceritakan suasana hidup bermasyarakat.Peribahasa ini melambangkan masyarakat yang sentiasa bekerjasama dalam segala amalan mereka.  
         Amalan ini membolehkan tugasan yang berat akan menjadi ringan.Contohnya,sekiranya kita bergotong-royong semasa mengadakan majlis perkahwinan atau membersihkan kawasan kejiranan,kerja tersebut akan diselaikan dengan cepat dan mudah.  
         Amalan ini juga dapat menghapuskan sikap individualistik dalam diri individu.Sikap ini akan hilang kerana segala kerja tidak dilakukan secara bersendirian,sebaliknya secara kerjasama.  
         Pegangan ini secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat agar saling menghormati antara satu sama lain.Setiap orang tidak hanya memikirkan kepentingan diri,tetapi keselamatan semua.  
         Penyataan peribahasa ini melahirkan sikap saling bermuafakat.Lah ini akan mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan damai kerana masing-masing akan memberikan bantuan kepada individu yang memerlukan.  
         Oleh itu,untuk hidup bermasyarakat,peribahasa ini patut dijadikan sebagai pegangan oleh setiap individu.Dengan cara ini,barulah kita dapat hidup dengan penuh sejahtera.
 

muhammad parahan bin sarbiah mustafa, (2016-10-23 12:16)
Bagi saya amat membantu tetapi ni format UPSR punya.Saya tingkatan 1 tapi terpaksa Lah saya tanbah ayat.
 
muhammad parahan bin sarbiah mustafa, (2016-10-23 12:16)
Bagi saya amat membantu tetapi ni format UPSR punya.Saya tingkatan 1 tapi terpaksa Lah saya tanbah ayat.
 
zalila, (2015-01-16 02:19)
bagus karangan
 
Submit a comment:

Name