Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan Menonton Televisyen, by Abu Hazziq Bin Abu Harris
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Abu Hazziq Bin Abu Harris
Title:Kebaikan Menonton Televisyen
2015-01-15 21:38
                    Pada era teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa limitasi ini,televisyen telah menjadi satu keperluan bagi setiap lapisan masyarakat di empat penjuru dunia. Televisyen hakikatnya banyak memberikan manfaat kepada kita.  
 
                    Dengan menonton televisyen,kita dapat menambah ilmu pengetahuan. Hal ini amat mustahak kepada para pelajar tidal kira di sekolah mahupun di menara gading. Kita dapat menambah ilmu dengan menonton saluran berbentuk pendidikan yang padat dengan ilmu pengetahuan. Oleh itu, kita dapat memanfaatkan ilmu yang kita perolehi ketika peperiksaan.  
 
                    Seterusnya,melalui televisyen kita dapat mengetahui isu globalisasi. Kita boleh memperoleh maklumat daripada berita. Dengan itu,kita tidak akan menjadi seperti `Katak bawah tempurung'. Kita juga akan lebih berhati-hati jika kits mengetahui isu semasa seperti kes penculikan,kes ragut dan kes penipuan.  
 
                     Para peniaga juga mendapat kebaikan daripada televisyen. Mereka dapat mengiklankan produk mereka di media elektronik selain media masa. Oleh hal demikian, perniagaan mereka akan bertambah maju dan berkembang.  
 
                    Di samping itu,ikatan silaturrahim dapat ditambah eratkan dengan cara menonton televisyen bersama-sama. Kita dapatmenonton telivisyen bersama-sama keluarga pada waktu senggang seperti hujung minggu. Oleh itu,perasaan kasih sayang sesama keluarga akan bertambah.  
 
                    Akhirnya,minda kita dapat direhatkan melalui televisyen. Dengan itu,minda kita dapat direhatkan selepas seharian melakukan aktiviti yang sangat memenatkan. Rancangan berunsur komedi merupakan salah satu inesetif until kits.  
 
                    Imtihanya,televisyen dapat memberikan kesan yang amat ketara kepada kita. Kita seharusnya menggunakan computer dengan sebaik-baiknya. Ibu bapa sewajarnya mendidik anak- anak agar tidal terpedaya dengan propaganda Barat.  

 

naqiu, (2015-03-27 13:18)
bagos 1 bintang
 
Submit a comment:

Name