Welcome!

Contoh Karangan UPSR: CARA-CARA MEMBALAS JASA GURU, by SIMRITHA SIVAM
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor SIMRITHA SIVAM
Title:CARA-CARA MEMBALAS JASA GURU
2015-01-02 17:18
                        Kita perlu    menjadi seorang yang tahu membalas jasa. Di rumah kita perlu membalas jasa ayah dan ibu.Di sekolah pula kita perlu membalas jasa guru.  
                        Untuk membalas jasa guru, kita perlu rajin belajar.Sebagai contoh, semasa di dalam kelas, kita memberikan tumpuan semasa guru mengajar.Kesannya, kita akan mendapat keputusan yang cemerlang dan sudah tentu guru kita akan merasa gembira.  
                        Kita juga perlu mengamal segala nasihat guru.Sebagai contoh guru mahu kita bersikap berbudi bahasa.Oleh itu, apabila kita bertemu dengan guru, kita perlu menunjukkan sikap lemah lembut.  
                        Seterusnya, kita tahu menghargai jasa guru.Sebagai contoh, kita mengucap terima kasih atau member hadiah ketika Hari Guru.Kesannya, guru merasa murid-muridnya insane yang tahu mengenang budi.  
21  
                        Selanjutnya, kita perlu menghargai guru walaupun kita sudah meninggalkan alam persekolahan.Sebagai contoh, kita patut menghubungi bekas guru kita di sekolah rendah satu ketika dahulu.Cara ini dapat mengeratkan siraturrahim yang sudah lama terjalin.  
                        Sebagai kesimpulannya, banyak cara yang boleh dilakukan untuk membalas jasa guru. Oleh itu, kita berusaha menjadi murid yang tahu mengenang budi.Orang berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa.
 

Apo apo je la, (2019-06-26 01:11)
Ada tertinggal perkataan
 
Cik Ti, (2019-05-03 10:19)
Knapa asyik ulang perkara yang sama????  

 
Bolehla bolehla, (2019-05-03 10:18)
Cg.SK PAYA  

 
hoho 😂, (2019-02-09 20:02)
sangat hebat tetapi banyak kesalahan ejaan
 
RYAN JOEVRY DI KL, (2018-03-06 13:31)
SANGAT HEBAT
 
, (2018-02-18 14:15)
🙌
 
Submit a comment:

Name