Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Hubungan Harmoni, by Mohamed Ebrahim
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Mohamed Ebrahim
Title:Hubungan Harmoni
2015-01-01 23:51
 
Encik Alex ingin membeli sebuah rumah.Beliau telah meninjau beberapa buah rumah tetatapi tidak suka akan suasana di persekitaran rumah tersebut.Akhirnya, beliau membeli sebuah rumah teres di pinggir Bandar kerana suasana di kawasan itu sungguh nyaman dan terteram.  
Semasa berpindah, banyak jiran membantu keluarga Encik Alex mengangkat barang-barang sambil berkenal-kenalan. Setelah selesai,Encik Alex menjemput jiran-jirannya itu  
datang ke rumah pada hari Sabtu kerana hendak mengadakan majlis kesyukuran. Encik Alex memanggil Rahman lalu meminta anaknya itu menjemput kawan- kawannya ke majlis tersebut.  
 
Pada hari Sabtu,suasana di rumah Encik Alex sangat meriah.Tetamu yang hadir bukan sahaja orang dewasa malahan kanak-kanak juga.Mereka berasa sangat gembira kerana dapat berkenalan dan bersahabat dengan Encik Alex sekeluarga.
 

Submit a comment:

Name