Welcome!

Contoh Karangan UPSR: AKU SEEKOR KUCING, by MANUSHA A/P SELVARAJOO
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak MANUSHA A/P SELVARAJOO
Title:AKU SEEKOR KUCING
2014-12-30 00:59
    Aku seekor kucing.Buluku berwarna jingga berbelang-belang.Aku dilahirkan di dalam sebuah kotak televisyen.  
 
    Sejak aku dilahirkan,aku tidak berayah atau beribu.Aku dibesarkan oleh seorang budak lelaki yang bernama Arif.Aku berasa sungguh bertuah kerana sangat disayangi oleh seluruh ahli keluarganya.  
 
    Kusangka panas sampai ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari.Malang tidak berbau,suatu hari seekor kucing liar datang ke rumah tuanku lalu mencuri seekor ikan goreng di dalam almari makanan tuanku.  
 
    Oleh sebab warna kucing itu seakan-akan warna diriku,aku telah dituduh mencuri ikan itu.Keluarga tuanku telah menghalau aku keluar dari rumah.Sambil menangis,aku terus membawa diri.  
 
    Nasibku agak baik kerana seorang budak perempuan yang comel telah menemukan aku lalu membawaku balik ke rumahnya.Setelah meminta izin ibu bapanya,aku dijadikan haiwan kesayangannya.  
 
    Tuanku yang baru menjagaku dengan baik.Aku berasa gembira dan bersyukur kepada tuhan kerana menemukan aku dengan seorang manusia yang penyayang.  
 

 

pravina, (2016-05-19 14:13)
not nice.  
by the way i hate her.
 
aishah, (2015-02-14 00:39)
gebat hebat :-)
 
arini, (2015-01-19 22:48)
bestnye cerita dia
 
junaida, (2015-01-16 02:27)
biasanya karangan tak menarik
 
, (2015-01-11 21:03)
RT
 
Submit a comment:

Name