Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kawan baik saya, by MaDi
Contoh Karangan UPSR
Name:China MaDi
Title:Kawan baik saya
2014-12-20 14:48
                     Setiap orang mempunyai seorang kawan yang paling baik. Saya pun tidak terkecuali. Kawan baik saya ialah Lily.  
                     Lily ialah seorang murid perempuan yang berambut panjang. Dia ialah seorang murid yang cemerlang dalam pelajaran. Dia boleh dapat semua A dalam peperiksaan. Namun, dia tidak pernah bersikap sombong. Apabila kawannya tidak faham dalam pelajaran,dia akan mengajar mereka. Oleh itu, dia mempunyai banyak kawan dalam kelas.  
                        Lily juga seorang yang baik hati. Dia akan menghulurkan bantuan kepada orang yang miskin. Dia juga memberi makanan kepada kucing dan anjing liar.  
                         Pada masa lapang, saya akan pergi ke perpustakaan bersama dengan Lily. Kami selalu berkongsi buku yang telah dibaca. Kami juga sering menggalak kawan-kawan yang lain sup.aya pergi ke perpustakaan untuk menambah ilmu pengetahuan.  
                         Lily bukan sahaja pandai dalam pelajaran, namun dia juga giat dalam sukan. Dia ialah olahragawati di sekolah kami. Dia selalu menang dalam hari sukan. Dia berlatih dengan bersungguh sungguh setiap hari.  
                         Saya berasa sangat gembira kerana mempunyai seorang kawan yang baik. Saya berharap agar persahabatan baik kami akan selama-lamanya.
 

Genius, (2017-01-17 19:58)
not bad  

 
haziq , (2014-12-25 20:20)
saya karangan ini terlalu ringkas tetapi kosa katanya meluas saya suka dengan karangan ini saya rasa saya boleh tambahkan sedikit lagi perenggan  

 
oi3, (2014-12-25 00:42)
saye sorang kucing yg baik so, tlg hormat yer xD
 
Nur Syafiqah , (2014-12-23 20:25)
Setiap orang mempunyai seorang kawan yang paling baik.kawan baik saya mimi .
 
Nur Syafiqah , (2014-12-23 20:22)
Semua mesti ada sahabat baik kan .
 
Nur Syafiqah , (2014-12-23 20:22)
Semua mesti ada sahabat baik kan .
 
Nur Syafiqah , (2014-12-23 20:22)
Semua mesti ada sahabat baik kan .
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name