Welcome!

Contoh Karangan UPSR: IBU SAYA, by sharvin30
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah sharvin30
Title:IBU SAYA
2014-12-07 16:49
     Di dalam dunia ini semua orang pasti mempunyai ibu mereka. Begitu dengan diri saya mempunyai ibu yang baik.  
 
    Nama ibu saya ialah Prema A/L Ramu. Umur ibu saya ialah 41 tahun. Ibu saya berasal dari Perak. Beliau merupakan anak sulung daripada lima adik-beradik dalam keluarga beliau.  
 
    Ibu saya ialah seorang guru di Sekolah Kebangsaan Ibrahim. Sikap ibu saya ialah baik hati.    Walaupun ibu saya baik hati , tetapi beliau pintar. Hobi saya ialah membaca buku dan akhbar.  
 
     Hobi ibu saya juga memasak. Makanan yang dimasak oleh ibu saya sangat sedap dan enak untuk makan. Ibu saya juga seorang ulat buku.  
 
     Warna kegemaran ibu saya ialah merah jambu. Makanan kegemaran ibu saya ialah nasi lemak dan nasi goreng siam. Minuman kegemaran ibu saya ialah jus tembikai dan jus lobak merah.  
 
        Pada setiap malam,ibu saya mengajar saya cara menulis karangan yang baik.Apabila soalan yang saya tidak difahami, ibu saya akan mengajar saya dengan jelas.  
 
        Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana mendapat ibu    yang baik seperti ibu saya. Saya sayang akan ibu saya.
 

, (2014-12-19 12:56)
kenape perenggan yang ke 4 tu ada<juga>ayat"ibu saya juga memasak".  

 
Submit a comment:

Name