Welcome!

Contoh Karangan UPSR: HariGuru, by sharvin30
Contoh Karangan UPSR
Name:sharvin30
Title:HariGuru
2014-12-06 17:29
    Terima kasih kepada Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar iaitu Encik Hai Kiang A/L Dindeng, yang dihormati guru-guru,yang dikasihi murid-murid dan hadirin sekalian. Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan dan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk berucap bersempena dengan majlis sambutan Hari Guru.  
 
Tarikh 16 Mei merupakan tarikh keramat yang disambut oleh semua murid dan guru di seluruh negara. Tarikh 16 Mei merupakan sambutan Hari Guru bagi meraikan guru-guru yang banyak menabur bakti dan jasa kepada murid-murid .Sambutan Hari Guru diraikan meriah sebagai tanda penghargaan kepada guru yang telah banyak berjasa kepada murid-murid.  
 
Sidang dewan sekalian,  
 
Kita seharusnya mengenang jasa guru yang telah mendidik kita. Jasa yang guru curahkan kepada kita, tidak mampu untuk kita balas dengan wang ringgit. Jasa guru yang mendidik tanpa jemu dan mengenal penat lelah merupakan pengorbanan yang tidak dapat dilupakan oleh kita semua.  
 
Guru merupakan contoh yang terbaik untuk kita semua kerana guru telah mendidik kita sehingga mencapai kejayaaan. Sikap guru yang boleh dicontohi ialah pengorbonan yang dilakukan tidak minta balasan. Bagi guru, perkara yang penting ialah anak murid mendapat kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan mereka.  
 
Sidang dewan sekalian,  
 
Kita sebagai murid mesti menghargai jasa guru yang telah mendidik kita. Lantaran itu , bersempena dengan sambutan Hari Guru pada hari ini, marila kita mengucapkan Hari Guru kepada guru-guru. Tidak semestinya kita memberikan mereka hadiah, kerana yang penting keihlasan atas hadiah atau ucapan yang kita berikan. Kita juga harus bertekad untuk membalas jasa guru dengan belajar bersungguh-sungguh.  
 
Akhir kata, saya mewakili murid-murid sekolah ini mengucapkan Selamat Hari Guru dan memohon maaf atas kesilapan kami. Sekian,terima ksih.      
    
 

aliya, (2015-02-25 12:32)
wow hebatnya!  

 
tila, (2015-02-25 12:32)
baguslah karangan ini
 
yana, (2015-02-25 12:31)
bagusnya karangan ini
 
yana, (2015-02-25 12:30)
baguslah karangan ini  

 
Submit a comment:

Name