Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Taman Permata, by sharvin30
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah sharvin30
Title:Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Taman Permata
2014-12-06 17:01
Gombak,2 Ogos 2014-Sekolah Kebangsaan Taman Pertama telah mengadakan temasya sukanan tahunan baru-baru ini. Temasya sukanan tahunan tersebut telah diadakan di padang sekolah.  
 
Semua murid telah diminta berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing kerana acara perbarisan akan dimulakan pada pukul 8.00 pagi. Tepat pukul 8.00 pagi , pengacara mengumumkan perarakan masuk perbarisan rumah sukan. Acara diteruskan dengan bacaan doa dan ikrar sukan oleh murid. Guru Besar telah menyampaikan ucapan perasmian.  
 
Setelah acara perasmian selesai, pertandingan lumba lari dijalanan. Para penonton begitu bersemangat memberikan sokongan kepada para peserta yang bertanding dalam acara larian. Sementara itu,acara balapan iaitu lompat tinggi dan lompat jauh juga berlangsung.Suasana pada ketika itu sungguh meriah dan seronok dengan ibu bapa yang menyokong anak masing-masing.  
 
Pada pukul 10.00 pagi,semua murid dibenarkan rehat sebelum acara sukan dipertanding semula. Semasa waktu rehat, aktiviti senamrobik telah dipersembahkan oleh murid Tahun 1 dan Tahun 2. Selain itu, acara tarik tali juga telah dijalankan. Dalam pertandingan tarik tali itu, pasukan rumah Hijau telah menjadi johan dengan mengalahkan pasukan rumah Kuning.  
 
Acara disambung semula ada pukul 10.30 pagi dengan acara larian iaitu 400 meter dan 1 600 meter. Setelah selesai , semua acara dipertandingkan , majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.Olahragawati dan olahragawan pada tahun itu ialah adik Zanariah dan adik Zami  
 
Temasya sukan pada kali ini berjalan dengan lancar. Acara yang dipertandingkan memberi pendedahan kepada murid-murid dalam bidang sukan dan olahraga. Diharapkan pada masa akan datang acara ini akan diteruskan dengan meriah lagi. Majlis tamat dan bersurai pada pukul 11.30 pagi.      

 

, (2015-01-04 14:57)
ju89898h8hhhhh
 
Submit a comment:

Name