Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kegunaan Bersenam, by sharvin30
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah sharvin30
Title:Kegunaan Bersenam
2014-12-06 16:26
    Aktiviti bersukan mempunyai pelbagai faedah kepada murid-murid.Apakah faedah bersukan kepada murid-murid?  
 
Faedah yang pertama ialah bersukan boleh menyihatkan badan kita sering menyertai aktiviti bersukan. Apabila kita bersenam,sudah pasti badan kita akan berpeluh dan sihat. Badan yang sihat dapat menghindarkan kita daripada penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.  
 
Bersukan juga dapat mengisi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah. Contohnya kita boleh bersukan ketika cuti sekolah,pada hujung minggu dan pada waktu petang.Apabila masa terisi dengan perkara berfaedah,kita dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang negatif.  
 
Selain itu,bersukan dapat mengeratkan silaturahim antara murid sama ada dari sekolah yang sama atau yang lain. Contohnya semasa kita bermain bersama-sama,kita dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan.Begitu juga ketika kita menyertai perlawanan dengan sekolah lain, kita dapat mengenali teman-teman baharu dari sekolah lain.  
 
Bersukan juga dapat meningkat pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang sukan yang kita ceburi. Contohnya apabila kita bermain badminton, kita mesti mengetahui dahulu undang-undang permainan tersebut. Oleh hal demikian, kita dapat menambahkan lagi pengetahuan dalam bidang sukan tersebut. Selain itu, kita juga dapat meningkatkan sikap positif dan keyakinan diri.  
 
Kesimpulannya, aktiviti berukan mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Lantaran itu, marilah kita mengamalkan untuk kepentingan kita semua.  
 
      

 

uthaya kumar, (2014-12-18 01:54)
very good
 
uthaya kumar, (2014-12-18 01:54)
very good
 
uthaya kumar, (2014-12-18 01:54)
very good
 
Submit a comment:

Name