Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah, by Nur Arinah Amnani
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Nur Arinah Amnani
Title:Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
2014-11-28 00:54
            Pada 3 September 2012,Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah di Dewan Seri Perling.Sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 55 pada tahun ini.  
 
            Sambutan yang gilang gemilang itu telah dimulakan pada pukul 8 pagi.Selain itu,sambutan ini juga telah dipimpin oleh Puan Engku Fazlina selaku pengerusi majlis.Tetamu kehormatan,iaitu Yang Dipetua PIBG Sekolah Kebangsaan Seri PeRLING 2 Telah menyempurnakan acara perasmian sambutan kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2012.Tidak ketinggalan juga,Puan Maselah binti Mohd Tahir,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 turut menyampaikan sepatah dua kata.  
 
             Acara pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,lagu kebesaran negeri Johor,lagu sekolah dan lagu nyanyian hebat lagu Jalur Gemilang dan 1 Malaysia dari Lim Kok Wing Universiti gabungan pelajar pelajar tahun 3 cemerlang 5 cemerlang dan Pasukan Koir Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2.Terukir senyuman di bibir Para Guru Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 apabila melihat persembahan tersebut.
 

@&$, (2016-10-25 01:03)
Karangan ini sangat singkat
 
@&$, (2016-10-25 01:03)
Karangan ini sangat singkat
 
Submit a comment:

Name