|
Name: | Nurul Izzati Binti Md. Yazid | Title: | Bersatu Hati
2014-11-22 15:34 | Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang;
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.
Melangir keris pusaka hikmat,
Keris sejarah sejak bahari;
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.
Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati, bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
Nyiur muda dibuat pengat,
Mari dimakan bulan puasa;
Wahai pemuda hendaklah ingat,
Kerana mulut badan binasa.
Orang berkelah di Tanjung Rhu,
Sambil memanggang si ikan sepat;
Hendaklah banyak menghadap guru,
Supaya tenang jalan makrifat.
Rendang sungguh pohon ara,
Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah terkenal mesra,
Tatasusila perlu dijaga. | | adam, (2014-11-22 15:37) bagus
| |
|
|
|