|
Name: | Nurul Izzati Binti Md. Yazid | Title: | Pantun Empat Kerat (Muafakat)
2014-11-22 14:57 | Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.
Buah salakdi dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Turun ke paya memetik kangkung,
Hati-hati terkena getahnya;
Bergotong-royong penduduk sekampung,
Hidup muafakat hidup bahagia.
Beras segantang sudah disukat,
Lalu disimpan di atas para;
Andai seluruh masyarakat muafakat,
Negara damai rakyat sejahtera.
Sawah padi luas terbentang,
Kuning keemasan indahnya maya;
Percaya-mempercayai asas berpegang,
Barulah muafakat kekal selamanya.
Harum sungguh bunga melati,
Hiasan sunggul sungguh memikat;
Bertolak-ansur,hormat-menghormati,
Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat. | | johnny, (2014-11-22 15:01) Waw.It is so wonderful.
| |
|
|
|