Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aktiviti Yang Akan Saya Lakukan Sepanjang Cuti Sekolah, by Nurul Izzati Binti Md. Yazid
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nurul Izzati Binti Md. Yazid
Title:Aktiviti Yang Akan Saya Lakukan Sepanjang Cuti Sekolah
2014-11-18 00:19
Cuti penggal kedua akan menjelang tidak lama lagi.Pasti setiap orang tidak sabar menunggunya.Terutama sekali kanak-kanak seperti saya.  
Pada masa cuti saya akan menolong ibu bapa mengemas rumah.Antaranya ialah saya akan menolong ibu menyapu sampah,membasuh baju dan mengemop lantai.Saya juga akan menolong ibu memasak.  
Sementara itu,ayah bercadang akan bercuti ke Melaka.Ayah memilih bercuti di Melaka kerana di sana ada rumah mak cik saya.Saya sangat seronok.  
Ibu pula bercadang ingin ke Kuala Lumpur.Ibu berkata di sana seronok juga.Ibu juga berkata kami dapat melawat KLCC.  
Abang pula ingin bercuti ke Terengganu.Abang berkata di sana ada banyak tempat yang menarik.Abang juga berkata di Terengganu tedapat banyak penyu.Jadi kami dapatmelihat penyu-penyu tersebut.  
Adik pula bercadang ingin ke Pulau Pinang.Adik berkata di sana terdapat jambatan yang panjang.Jadi,kami boleh merasai melalui jambatan tersebut.  
Saya pula bercadang ingin ke Melaka.Di sana ada rumah mak cik saya.Jadi kami boleh menginap di situ sepanjang kami berada di sana.  
Akhirnya ayah membuat keputusan muktamad.Ayah akan membawa kami sekeluarga ke Melaka.Saya sangat seronok.  
Ibu,abang dan adik tidak berpuas hati.Mereka terpaksa menerima keputusan ayah itu tadi.Akhirnya pada cuti penggal kedua ini,kami sekeluarga akan bercuti ke Melaka.  
                         TAMAT.....
 

Submit a comment:

Name