Welcome!

Contoh Karangan UPSR: FAEDAH BERSENAM., by S.Mithesh Kumar.
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka S.Mithesh Kumar.
Title:FAEDAH BERSENAM.
2014-11-15 23:16
 
Tidak dapat dinafikan bahawa bersenam memberikan seribu satu kebaikan kepada pengamalnya.  
 
     Antara faedah bersenam ialah kita dapat mengurangkan ketegangan fikiran.Dengan berjoging,fikiran kita akan berasa tenang kerana dapat melupakan seketika masalah di rumah di sekolah,atau di pejabat.  
Fikiran yang tenang baik untuk kesihatan.  
 
     Di samping itu,bersenam juga dapat menyihatkan badan.Melalui pelbagai cara senaman seperti aerobik,melompat,berjalan,dan sebagainya kita dapat mengeluarkan peluh.Peluh menandungi bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan.Berpeluh baik untuk kesihatan.  
 
     Selain itu,dengan bersenam,kita dapat menambahkan kecergasan.Hal ini kerana dengan bersenam,kita dapat melancarkan aliran darah dalam badan.Badan yang cergas pula akan melahirkan fikiran yang cerdas.  
 
     Kesimpulanya,bersenam merupakan satu amalan yang baik dan patut  
dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.
 

Submit a comment:

Name