Welcome!

Contoh Karangan UPSR: FAEDAH KOKURIKULUM., by S.Krithika Devi.
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka S.Krithika Devi.
Title:FAEDAH KOKURIKULUM.
2014-11-15 22:34
     Kokurikulum merupakan satu aktiviti yang dilakukan di luar bilik  
darjah.Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan kokurikulum banyak  
memberikan manfaat kepada murid.  
 
     Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.Melalui kegiatan kokurikulum,kita dapat mengelakan murid daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah,melepak,dan jenayah.  
 
     Selain itu,dengan menyertai kegiatan kokurikulum,kitadapat mengurangkan ketegangan fikiran.Semasa kita bermain bola sepak atau lain-lain permainan,kita dapat melupakan seketika masalah harian kita di sekolah atau di rumah.  
 
     Seterusnya,kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid.Melalui sukan dan unit beruniform,murid diasuhsemangat berkerjasama,berdisiplin,brtanggungjawab,dan menghormati peraturun.  
 
     Melalui kegiatan kokurikulum juga,kita dapat menambahkan bilangan rakan yang baru.Rakan yang ramai membolehkan kita bertukar-tukar pendapat dan fikiran.  
 
     Oleh itu,jelaslah bahawa kegiatan kokurikulum bnyak memberikan manfaat kepada kita.Pendek kata,kegiatan ini ialah satu amalan yang perlu dipupuk sejak awal lagi.
 

sya, (2014-11-20 16:01)
this is a good essay!!!
 
Submit a comment:

Name