Welcome!

Contoh Karangan UPSR: FAEDAH MELANCONG., by S.Krithika Devi.
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka S.Krithika Devi.
Title:FAEDAH MELANCONG.
2014-11-15 21:51
     Melancong banyak memberikan feadah kepada kita.  
 
     Antara faedah melancong ialah kita dapat mengurangkan ketegangan  
fikiran.Dengan melihat-lihat tempat yang menarik fikiran kita akan  
menjadi tenang.Fikiran yang tenang baik untuk kesihatan.  
 
     Selain itu,dengan melancong ialah kita dapat meluaskan pengalaman  
dan pengetahuan.Melawat ke tempat-tempat yang menarik dan bersejarah  
dapat menambahkan pengetahuan kita tentang budaya sesuatu masyarakat.  
 
     Seperkara lagi,melancong juga dapat mengeratkan hubungan  
kekeluargaan.Melalui aktiviti melancong,ibu bapa dan anak-anak boleh  
menghabiskan masa bersama.Hubungan yang erat membolehkan ibu bapa  
lebih mengenali anak-anak mereka.  
 
     Justeru itu,jelaslah bahawa amalan melancong bukan sahaja aktiviti  
yang sihat,malah elok dijadikan amalan jika ada kemampuan.
 

Submit a comment:

Name