Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebatang Pen Merah, by sfendy
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah sfendy
Title:Aku Sebatang Pen Merah
2014-11-01 20:41
            Nama aku Stabila. aku diperbuat daripada sebuah kilang. Nama kilang tersebut ialah Pen.sdn.bhd. Selepas aku siap dibuat, aku pun dihantar ke sebuah kedai alat buku.  
 
            Di situ, saya telah berkenalan dengan kawan-kawan lain seperti Swan, Stabilo dan sebagainya. Aku berasa sangat gembira.  
 
            Pada suatu hari, seorang pemuda datang. Dia hendak memebeli sebatang pen merah. Apabila pemuda tersebut melihat aku ,pemuda terus mengambil aku lalu mencuba aku . Selepas itu, dia pun memebeli aku.  
 
            Aku Berasa sangat gembira kerana mendapat tuan baru. Namanya ialah Cikgu Musa.Tuan aku mengunakan aku untuk menyemak soalan. Apabila tuan aku tidak menggunakan aku, tuan aku akan menyelitkan aku di sakunya.  
 
            Semasa peperiksaaan menjelang tiba, tuan aku sibuk menggunakan aku untuk meyemak kertas kerja.Aku berasa sangat letih.  
 
            Darahku mengurang, kerana sering bekerja. Pada suatu hari, aku jatuh sakit. Aku muntah darahku dengan banyak. Tuan aku bersungut kerana tidak dapat bekerja dengan baik.  
 
            Akhirnya, aku pun dibuang ke dalam tong sampah. Walaupun hatiku berasa sedih tetapi aku tidak dapat membuat apa-apa lagi kerana nasi sudah menjadi bubur. Begitulah riwayat ku sebagai sebatang pen merah.
 

@nureen, (2014-11-04 13:49)
aku sebuah kereta.aku di perbuat daripada  
kilang besi.aku dicat berwarna merah .  
 
 
 
tamat
 
roshini, (2014-11-02 20:27)
aku suka sangat akan karangan ini
 
hazrin, (2014-11-02 15:54)
Nama aku Papermate. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang bernama Pen. Sdn. Bhd.  
 
Aku dihantar ke sebuah kedai alat tulis di Ipoh. Di situ, aku mendapat kawan-kawan baru yang bernama Swan, Stabilo dan sebagainya.  
 
Pada suatu hari, datang seorang pemuda hendak membeli pen merah. Dia tertarik melihat aku lalu membeli aku dengan harga RM5.00.  
 
Sejak hari itu,aku mendapat tuan baru. Namanya ialah Cikgu Ali. Dia menggunakan aku untuk menyemak kertas-kertas peperiksaan. Banyak darah merahku digunakan.  
 
Akhirnya,aku jatuh sakit kerana terlalu kerap digunakan. Tuan aku berasa sangat marah kerana aku tidak boleh bekerja lagi.  
 
Lalu aku dibuang ke dalam tong sampah. Aku berasa sangat sedih. Begitulah riwayat hidup aku sebagai pen merah.  
 

 
jackson, (2014-11-01 20:53)
Baik, bijak anda membuat karangan ini
 
Submit a comment:

Name