Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Perpisahan Guru Kelasku, by Nur Ainaa Nasuha
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu Nur Ainaa Nasuha
Title:Perpisahan Guru Kelasku
2014-10-18 19:36
        Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.Yang dihormati Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kerteh,Sekolah Kluster Kecemerlangan,guru yang kita raikan,Cikgu Norhayati Bt.Mamat,guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk berucap di majlis ini.  
 
Guru-guru dan rakan-rakan,  
        Hari ini,3 Julai merupakan hari terakhir bagi guru yang kita sayangi,iaitu Cikgu Norhayati Bt.Mamat,bertugas di sekolah ini.Beliau akan berhijrah ke sekolah lain dan meninggalkan kita.Kami,murid tahun enam,amat terhutang budi kepada di atas segala pengorbanan yang cikgu berikan.Cikgu telah banyak mendidik kami menjadi insan yang berguna dan untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR.Kami bangga menjadi murid cikgu.  
 
Cikgu Norhayati yang diraikan,  
        Kami ibaratkan cikgu seperti ibu kami sendiri.Pengorbanan cikgu akan tetap kami hargai.Tunjuk ajar cikgu akan kami jadikan pedoman dan panduan sepanjang hayat.Ilmu yang cikgu curahkan akan kami jadikan bekalan bagi membentuk keperibadian agar terus berusaha menjadi insan yang berguna.Kami tahu,kami telah banyak menyusahkan cikgu dan menyakitkan hati cikgu Di sini,kami ingin memohon kemaafan di atas segala kesalahan dan kan kenakalan kami semasa cikgu bersama kami.  
        Sebelum saya akhiri ucapan ini,saya dan rakan-rakan berharap cikgu akan meneruskan kesungguhan dan dedikasi cikgu untuk bangsa dan negara.Akhir kata,selamat bertugas di tempat baru dan selalulah kirim berita kepada kami.  
 
        Sekian,terima kasih,,
 

, (2015-03-31 21:07)
copy  

 
Submit a comment:

Name