Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sedang kami leka bemandi-manda, tiba-tiba terdengar orang meminta tolong. Tanpa berlengah-lengah saya...., by Tiesyia Nizam
Contoh Karangan UPSR
Name:Tiesyia Nizam
Title:Sedang kami leka bemandi-manda, tiba-tiba terdengar orang meminta tolong. Tanpa berlengah-lengah saya....
2014-10-13 19:55
     Sedang kami leka bermandi-manda, tiba-tiba terdengar orang meminta tolong. Tanpa berlengah, saya terus berlari ke arah suara orang meminta tolong tadi. Saya ternampak seorang budak lelaki yang sedang terkapai-kapai meminta tolong. Saya cuba untuk menyelamatkannya. Saya menyuruh kawan saya untuk menghubungi ambulan sementara saya sedang menyelamatkan budak itu.  
 
     Setelah lima minit berlalu, ambulan datang dan menyelamatkan budak lelaki itu. Budak lelaki itu ditempatkan di hospital untuk rawatan segera. Sementara menunggu keputusan doktor, kami mengambil kesempatan pergi ke tandas untuk menukar pakaian kami yang basah kuyup itu.  
 
     Selepas menukar pakaian, doktor memanggil kami berbincang tentang budak lelaki itu. Doktor berkata tiada apa yang membahayakan. Kami menarik nafas lega.  
 
     Sebelum kami pulang, kedua ibu dan bapanya mengucapkan terima kasih. Kami berasa gembira kerana dapat menyelamatkan budak itu.
 

syu, (2014-10-15 15:16)
okea
 
Submit a comment:

Name