Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sambutan Malam Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas, by Tiesyia Nizam
Contoh Karangan UPSR
Name:Tiesyia Nizam
Title:Sambutan Malam Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas
2014-10-13 19:40
SKUDAI,1 September - Sambutan Malam Kemerdekaan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas, Johor Bahru, berlangsung dalam suasana gilang-gemilang.  
 
        Sambutan ini telah diilhamkan oleh guru besarnya sendiri, iaitu Encik Mohamad bin Sameon dan direalisasikan oleh semua warga sekolah tersebut. Sambutan Malam Kemerdekaan ini telah membuktikan bahawa semangat cinta akan negara sangat tebal dalam kalangan pendidik dan murid sekolah ini.  
 
         "Saya berbesar hati kerana dapat mengadakan majlis yang sebegini rupa dan sambutan daripada penduduk setempat pula sangat baik. Semoga acara sebegini rupa akan dapat menerapkan semangat patriotik ke dalam jiwa anak-anak kita," kata beliau sewaktu ditemui pada malam sambutan.  
 
         Pelbagai acara diatur untuk malam yang paling bermakna ini. Antara acara yang diadakan termasuklah persembahan koir, deklamasi sajak, pantomim dan nyanyian solo. Acara-acara ini dijayakan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas dengan bimbingan guru. Kelab usahawan muda juga mengadakan aktiviti jualan untuk menambah tabung kewangan mereka.  
 
         Encik Mohamad berharap agar semangat kemerdekaan ini akan terus kukuh dalam sanubari generasi kini dan generasi akan datang.
 

Submit a comment:

Name