Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kesan peperangan ke atas kanak kanak, by rozidah romzi
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah rozidah romzi
Title:kesan peperangan ke atas kanak kanak
2014-09-29 20:25
         Tiada siapa yang mahu akan peperangan.Peperangan mengundang pelbagai kesan buruk kepada negara yang terlibat terutamanya ekonomi dan sosial.Berjuta juta kanak - kanak mangsa perang diseluruh dunia seperti di Iraq,di Palestin,dan di Afghanistan menderita sebagai akibat peperangan.  
         Bayangkan jika anda berada di tempat anak - anak malang itu.Nyawa sentiasa di hujung tanduk.Hidup mereka penuh ketakutan kerana sentiasa dibayangi bedilan peluru dan letupan bom.  
         Peperangan menyebabkan banyak kanak - kanak kehilangan ibu bapa,kaum keluarga,dan saudara - mara juga.Kanak - kanak ini akan kehilangan tempat bergantung.Hidup mereka hanya bergantung pada simpati masyarakat.  
         Rentetan daripada itu,kanak-kanak ini juga diancam kebuluran.Hal ini demikian kerana tiada sumber makanan yang mencukupi untuk mereka.Akibatnya setiap tahun banyak kanak-kanak    yang mati sebagai akibat kebuluran.  
            Apabila hidup terancam,sudah tentu kanak-kanak ini tidak dapat meneruskan persekolahan.Oleh itu,mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna seperti kanak - kanak di negara lain yang seusia mereka.  
            Oleg itu,kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang aman dan makmur.Peperangan hanya memusnahkan kebahagiaan.
 

sufian pian, (2014-09-29 20:28)
mngpa eja  
an OLEH dia jadi oleg
 
sufian pian, (2014-09-29 20:27)
mngpa ejaan OLEH dia jadi oleg
 
Submit a comment:

Name