Welcome!

Contoh Karangan UPSR: AIR YANG DICINCANG TAK AKAN PUTUS, by Nur Ainaa Nasuha
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu Nur Ainaa Nasuha
Title:AIR YANG DICINCANG TAK AKAN PUTUS
2014-09-28 23:46
        Peribahasa "air yang dicincang tak akan putus" bermaksud sebarang perselisihan faham atau pendapat tidak akan memutuskan ikatan persaudaraan antara dua pihak yang mempunyai pertalian darah.  
 
        Peribahasa ini mempunyai persamaan maksud dengan peribahasa"carik carik bulu ayam,lama lama bercantum juga."Misalnya,jika dua orang adik-beradik bertengkar atau berselisih pendapat,hubungan kekeluargaan mereka tidak akan terputus semata-mata kerana pertengkaran itu.Pertengkaran itu hanyalah sementara.  
 
        Begitu juga halnya jika anak-anak berseliih faham dengan kedua-dua orang ibu bapa mereka.Hubungan kekeluargaan mereka masih tetap utuh kerana adanya pertalian darah.Jalan penyelesaian harus dicari agar perselisihan faham tersebut tidak akan berpanjangan.  
 
        Sebenarnya,perselisihan sesama ahli keluarga merupakan lumrah kehidupan.Namun diharapkan sebarang perselisihan faham ini tidak dijadikan sandaran atau alasan untuk memutuskan tali persaudaraan.Biasanya,hubungan ini akan pulih kembali.  
 
        Sehubungan itu,kita haruslah menghargai ahli keluarga kita sendiri dan jagalah hubungan tersebutsehingga ke akhir hayat.Keluarga kita merupakan orang yang paling rapat dengan kita.Sebarang perselisihan wajar dicari titik penyelesaiannya.  
 
        Kesimpulannya,peribahasa    ini jelas mendidik masyarakat agar mementingkan hubungan kekeluargaan.Sebesar mana pun perselisihan dan krisisyang dihadapi,hubungan kekeluargaan tiada galang-gantinya.  
 
        
 

Fatin awanis, (2017-02-20 00:21)
Bagus karangan
 
Poovend, (2017-01-12 01:58)
hahahahahahahahaha  
 
so funny karangan  
 
but still thumbs up to you
 
Poovend, (2017-01-12 01:58)
hahahahahahahahaha  
 
so funny karangan  
 
but still thumbs up to you
 
, (2017-01-12 01:40)
ok ok ok
 
Mawarddah , (2014-10-02 01:34)
ainaa nasuha???
 
Mawarddah , (2014-10-01 22:44)
ainaa nasuha???
 
Aliff Muqri, (2014-09-28 23:48)
Best lah karangan awak,buat yang lain lagi boleh x?
 
Submit a comment:

Name