Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Usaha-Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu..., by Aien Batrisyia Bt Mazlan.(SK Tanjong Karang)
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Aien Batrisyia Bt Mazlan.(SK Tanjong Karang)
Title:Usaha-Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu...
2014-09-25 11:52
    Krisis baharu yang melanda Bahasa Melayu ialah rakyat negara ini semakin meminggirkan Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan Malaysia.Oleh itu,pelbagai usaha telah dilakukan untuk memartabatkan Bahasa Melayu.  
    Dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu,Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan penting dalam memartabatkan Bahasa Melayu.Hasilnya,banyak buku pengistilahan dan glosari dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan yang merangkumi pelbagai bidang.  
    Selain itu,mahasiswa institusi pegajian tinggi juga perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memartabatkan Bahasa Melayu.Hal ini kerana mahasiswa perlu bergerak    bersama-sama bagi mengukuhkan Bahasa Melayu dalam semua bidang ilmu.  
    Pegeluar barangan juga digalakkan mengiklankan barangan dalam Bahasa Melayu    sama ada melalui media elektronik atau media cetak.Hal ini kerana Bahasa Melayu mudah difahami olh semua kaum di negara kita.  
    Sehubungan dengan itu,peranan sektor swasta dalam memartabatkan Bahasa Melayu amatlah dialu-alukan.Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing.  
    Kesimpulannya,langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memartabatkan Bahasa Melayu.Usaha ini haruslah disokong oleh semua pihak:)
 

Zariifah Cute..., (2014-09-25 11:57)
bagusnya ada karangan camni ...MANTAP.terima kasih atas kerjasama:)
 
Zariifah Cute..., (2014-09-25 11:56)
bagusnya ada karangan camni ...MANTAP.terima kasih atas kerjasama:)
 
Zariifah Cute..., (2014-09-25 11:54)
bagusnya ada karangan camni...terima kasih atas kerjasama:)
 
Zariifah Cute..., (2014-09-25 11:54)
bagusnya ada karangan camni...terima kasih atas kerjasama:)
 
Submit a comment:

Name