Welcome!

Contoh Karangan UPSR: AkU SebUaH kOmpuTer RiBaaa....., by Aien Batrisyia Bt Mazlan.(SK Tanjong Karang)
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Aien Batrisyia Bt Mazlan.(SK Tanjong Karang)
Title:AkU SebUaH kOmpuTer RiBaaa.....
2014-09-25 11:28
    Aku dilahirkan di Amerika Syarikat.Aku diberi nama Apple.Setelah siap dipasang,aku dimasukkan ke dalam kotak dan telah dieksport ke Malaysia.  
    Di Malaysia,aku dijual di sebuah kedai komputer di Kuala Lumpur.Aku dipamerkan sebaris dengan jenama komputer yang lain.Disini terdapat banyak rakanku dengan pelbagai jenama.  
     Pada suatu hari,seorang mahasiswa datang ke kedai tersebut.Dia membeli aku dengan harga RM 4,000.Aku dibawa pulang    dan disimpan di dalam beg khas.Dia menggunakan aku dengan cermat.Sentuhannya lembut dan tidak menyakitkan aku.Setiap tugasannya aku jalankan dengan sempurna.  
     Tuan aku seorang yang baik hati.Dia membenarkan rakan-rakannya menggunakan aku.Malangnya,rakan tuanku tidak menjaga aku dengan baik.Tanpa sengaja,dia telah menjatuhkan aku ke lantai sehingga badanku hancur.  
     Tuan aku cuba menyelamaykan aku dengan menghantar aku ke kedai untuk dibaiki.Sayangnya,aku sudah tidak mampu untuk dibaiki.  
     Kini,aku sudah tidak dapat digunakan lagi.Tuan aku telah membeli sebuah komputer riba baru bagi menggantikan aku.Aku berasa sedih kerana tidak dapat berkhidmat untuk tuan aku lagi.Namun,aku gembira kerana tuan aku tidak membuang aku.Dia menyimpan aku dengan baik di dalam biliknya.
 

aiswarriya, (2014-09-30 19:35)
Bagus senang untuk baca.
 
En.Mimpi, (2014-09-25 16:48)
I like your essay
 
Submit a comment:

Name