Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sepasang kasut, by Chong Sin Yee
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Chong Sin Yee
Title:Aku sepasang kasut
2014-09-20 19:41
                         Aku sepasang kasut. Aku berasal    dari sebuah kilang di Petaling Jaya yang agak terkenal juga cantik dan berbunga -bunga.Saizku kecil saja. Aku hanya sesuai untuk kanak-kanak yang masih kecil.  
                         Kini,aku berada di sebuah kedai kasut. Aku dipamerkan di atas rak kasut yang berdinding kaca. Aku menjadi tumpuan ramai orang. Suatu hari,seorang wanita datang lalu membela-belaku.Dia bertanya akan sesuatu kepada jurujual di sana. Akhirnya dia bersetuju untuk membeliku. Dia membawaku pulang ke rumahnya. Kemudian, aku diberikan kepada anak perempuannya, Ariffin. Ariffin sungguh gembira menerima kehadiranku.  
                         Ariffin pun memasukkan kakinya ke dalam perutku. Aduh,sakitnya perutku! Kakinya yang besar tidak termuat dalam perutku yang kecil. Namun demikian,dia terus mencubaku. Akhirnya, perut kiriku terkoyak. Ariffin menangis lalu melemparkan aku ke dinding kerana terlalu marah. Aku menjerit kesakitan.  
                            Wanita itu pun memujuk anaknya. Dia pun berjanji akan membelikan sapasang kasut lain sebagai ganti. Ariffin mengutip aku lalu menyimpanku ke dalam stor yang gelap. Aku menangis ketakutan.  
                             Aku tidak tahu sampai bilakah aku akan berada di stor ini. Malang sungguh nasibku, belum dipakai sudah tidak berguna lagi.
 

shilawati, (2017-02-01 19:33)
Saya suka dengan karangan ini
 
hamba allah, (2017-01-26 00:45)
saya berasa kagum dgn karangan ini.
 
IDHAM, (2017-01-24 12:58)
WOW!OWESOME THIS KARANGAN  
 

 
loloy, (2016-10-23 21:01)
Kau memang pandai  

 
Fatimah, (2016-08-02 23:38)
Sedihnya karangan ingat senang ke nak buat susah tau ni mesti dah lama praktis kan aaaaaa.....
 
fgj, (2016-07-13 23:34)
dfgh
 
, (2016-05-23 00:22)
a nice esay  

 
Show All Comments
Submit a comment:

Name