Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sebatang kapur, by wan airin eirina
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor wan airin eirina
Title:Aku sebatang kapur
2014-09-19 20:21
Aku berasal dari sebuah kilang yang terletak di Kulai,Johor. Aku berwarna putih. Ada juga kawan-kawanku yang mempunyai beraneka warna seperti merah,biru,kuning,hijau, dan sebagainya.  
          
Setelah siap diproses aku dan beribu-ribu kawanku yang lain akan disusun di dalam kotak dengan teratur.Ketika itulah,aku dapat melihat betapa banyaknya makhluk seperti aku diproses.Kemudian aku dan sebahagian kawanku dihantar ke beberapa sekolah.  
 
Pada suatu pagi,datang seorang murid perempuan mengambil aku dari pejabat sekolah dan membawa aku ke kelasnya.Sepanjang perjalan ke kelasnya,aku dapat meninjau suasana sekolah tersebut. Kawasanya luas, pemandannya cantik serta bersih dan mempunyai jumlah murid yang ramai.Setibanya    aku di dalam kelas itu,aku melihat seorang guru perumpuan    yang    bernama cikgu khairina.Beliau sedang mengajar mata pelajaran Sains.Aku diletakkan di atas meja guru.  
 
Ketika cikgu khairina sedang sibuk mengajar tiba-tiba suasana kelas yang senyap bertukar menjadi bising.Melihat keadaan itu cikgu khairina menjadi marah    lalu melemparkan aku ke arah seorang murid lelaki yang nakal.Tetapi,murid itu dapat mengelak lalu aku terbabas ke dalam longkang.  
 
Berumalah aku di dalam longkang itu.Tidak ada siapa yang mengendahkannya.Berpanas dan berhujanlah aku di situ sehinga riwayatku berakhir dimamah cuaca yang bertukar ganti. Itulah nasibku sebagai sebatang kapur.  
 
                                                                            
 

ezrine, (2014-12-12 16:12)
best dan bagus  

 
ariena, (2014-11-23 20:01)
karangan autobiografi :)  

 
zulhusni , (2014-09-22 02:27)
-agak gramatis dan relevan  
- saya akan beri 20/30 sahaja
 
Submit a comment:

Name